Sunday, October 28, 2012

Peperiksaan akhir semester 1 dan PEPERIKSAAN TERMINAL AKHIR

Kepada semua pelajar cikgu ,diucapkan selamat menempuh peperiksaan dan semoga berjaya

Thursday, September 20, 2012

DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Salam 1 Malaysia. Sudah lama rasanya cikgu tidak memberikan tugasan karangan sebagai latihan persediaan menghadapi peperiksaan percubaan. Justeru itu, buat pelajar 6R 1 , berikut adalah tajuk tugasan ; DASAR 1 MURID 1 SUKAN MENEKANKAN PENGLIBATAN SETIAP MURID DALAM SUKAN. BINCANGKAN KEPENTINGAN DASAR INI DAN HALANGAN YANG DIHADAPI SEMASA MELAKSANAKAN DASAR INI. Sebagai panduan : stem 3: 2 SELAMAT MENCUBA!!

Sunday, July 29, 2012

Kedudukan strategik Malaysia bukanlah merupakan satu-satunya faktor berlakunya pemerdagangan orang. Isu ini jika tidak ditangani dengan berkesan akan membawa pelbagai masalah kepada negara. Bincangkan.

Stem: 3+2 1.Faktor pemerdagangan orang 1.1 Kedudukan strategik 1.2 Kemiskinan / kesempitan hidup 1.3 penguatkuasaan undang-undang yang lemah 1.4 Keamanan dan kestabilan politik negara Malaysia 2. Langkah mengatasi 2.1 Jalinan kerjasama dengan negara jiran 2.2 Penguatkuasaan undang-undang 2.3 Banteras gejala rasuah 2.4 Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah pemerdagangan manusia

Pemuliharaan persekitaran marin yang mempunyai potensi yang besar kepada pembangunan negara masih perlu ditingkatkan. Bincangkan pernyataan ini.

(Stem 2+2) 1. Kepentingan marin 1.1 Sumber protein/bekalan makanan 1.2 Sumber tenagamasa hadapan 1.3 Kepelbagaian spesies 2. Langkah 2.1 R & D 2.2 Wartakan sebagaiTaman Laut 2.3 Penanaman pokok bakau

Tugasan Karangan : 6 R1

Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan negara. Oleh itu, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan asing di negara kita. Huraikan.

Friday, July 20, 2012

Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan negara berbanding kesan sebaliknya. Bincangkan

Stem : 3+2 Manfaat (Idea ) 1. Meningkatkan sistem pendidikan 2. Membantu pembangunan ekonomi 3. Meningkatkan sains dan teknologi negara 4. Meningkatkan taraf hidup masyarakat Impak negatif 1. Ketidakstabilan politik -campurtangan kuasa luar ke atas negara seperti Afghanistan, Iraq, negara-negara Teluk -pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju terhadap negara musuh mereka;cuba menentukan hal ehwal negara lain melalui pelbagai dasar dan sekatan yang memberi kepentingan dari segi ekonomi. wujud perasaan tidak puas hati rakyat negara itu, politik tidak stabil. -penggodaman sistem pertahanan mencari kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara. 2. Pencemaran budaya -budaya liar dari barat disebarkan melalui internet dan televisyen satelit;tidak ditapis -generasi muda terilut-rikut dan mementingkan budaya "hedonisme";gejala hiburan dan sosial melampau berleluasa. -nilai dan budaya tempatan yang murni akan terhakis;anak tempatan hilang identiti dan runtuh akhlaknya. -Bahasa Melayu dipinggirkanatas alasan Bahasa Inggeris lebih banyak mendapat perhatian. 3. Penjajahan ekonomi -penguasaan syarikat multinasional luar, syarikat -syarikat kecil negara akan ketinggalan dan gulung tikar. -IKS terancam -serangan matawang ; nilai matawang jatuh. -kemelesetan ekonomi berlaku. ekonomi negara dimanipulasi oleh negara maju demi kepentingannya.

Inovasi penggerak kemajuan Negara. Bincangkan

Jawapan : Stem 4+ 0 1. Idea (Menjana ekonomi) -Bidang perniagaan berkembang luas dengan adanya inovasi dalam perniagaan dari segi perkhidmatan, produk , kualiti dan sebagainya. -mengakibatkan peningkatan dalam pendapatan sekaligus menjana pendapatan dan ekonomi. -contoh inovasiyang dijalankan oleh LHDN ;e-filing di mana kutipan cukai meningkat setiap tahun.Pada tahun 2012 dilaporkan sebanyak RM 90 billion berjaya dikutip. 2.Idea ( Meningkatkan keberkesanan pentadbiran) -contoh e-government; urusan tanpa kertas, mengisi borang, kurang kerenah birokrasi, cepat dan efektif. -Kerajaan memperkenalkan program transformasi seperti Program Transformasi Negara, Gagasan Satu Malaysia, Bidang Keberhasilan Negara, Model Ekonomi Baru. -semua itu untuk meningkatkan pencapaian pentadbiran sekaligus memberi kemudahan kepada rakyat. 3. Meningkatkan sains dan teknologi. -MOSTI dan kerajaan memperkenalkan bulan sains dan teknologi bagi memupuk minda inovasi kepada setiap peringkat masyarakat. -melalui inovasi, R &D sains dan teknologi , masyarakat mendapat banyak kemudahan seperti dalam bidang kesihatan, perubatan pertanian , kejuruteraan dsb. -masyarakat menjadi pencipta teknologi dan bukan hanya sekadar pengguna teknologi negara luar. 4. Meningkatkan bidang pendidikan. -inovasi dalam p& p. telekonferense, laman blog pendidikan , meningkatkan mutu pendidikan negara. -pelajar terdedah dengan inovasi teknologi IT menjadi pelajar yang berfikiran kreatif dan inovatif. -guru akan meningkatkan mutu p&p selaras dengan perkembangan informasi global. -akhirnya hal ini akan meningkatkan mutu pendidikan negara sekaligus memajukan negara.

Wednesday, June 6, 2012

MODUL MASA CUTI (MMC)

Salam dan selamat sejahtera. Seronok bercuti buat pelajar ? Diharap pada waktu cuti ini , disamping dapat merehatkan fikiran dapatlah kiranya pelajar membuat sedikit ulangkaji.Justeru, dalam cuti yang masih berbaki 4 hari ini , guru memberikan sedikit tugasan untuk dibuat oleh pelajar khususnya 6 Atas 2. Karangan laras sastera 1) Lambakan graduan IPTA dan IPTS saban tahun menyebabkan peningkatan pengangguran dalam kalangan graduan di negara kita. Pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan fenomena ini akan mewujudkan kesan negatif kepada ekonomi dan sosial di negara kita. Jelaskan. Selamat membuat tugasan.

Sunday, May 6, 2012

JAWAPAN SOALAN 18 ( BAHAGIAN E. BUKU LOCAL PUBLICATION)

JAWAPAN SOALAN 18 ( BAHAGIAN E. BUKU LOCAL PUBLICATION) 1. POLA PERUBAHAN - Kepadatan penduduk di Semenanjung Malaysia mencatatkan PENINGKATAN dari tahun 1980, 1985 dan 1990 - 1980-83 orang - 1985-99 orang - 1990-111 orang - Jumlah peningkatan sebanyak 28 orang atau 33.73% 2. Dasar Kependudukan Negara - Langkah ke arah mencapai jumlah penduduk 70 juta - Meningkatkan kesuburan dan kelahiran penduduk 3. Urbanisasi - Pembangunan seimbang untuk membina ekonomi bersepadu - Pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas menggalakkan mobiliti sosial dan perubahan demografi setempat. - Melaksanakan konsep memperbandarkan kampung dengan mengkelompokkan kampung-kampung dan meletakkan di pinggir bandar menjadi bandar-bandar kecil yang menjadi tumpuan sosial dan ekonomi. 4. Kadar kelahiran tinggi dan kematian rendah - Perkembangan teknologi meningkatkan kelahiran - Teknologi rawatan dan kesihatan meningkatkan sistem reproduktif mengurangkan risiko kematian bayi atau kanak-kanak. - Kesedaran kesihatan dan rawatan perubatan meningkatkan kualiti hidup. 5. Dasar Pembangunan Ekonomi - Wujud zon bebas ,pusat industri dan komersial mengubah pola penempatan dan penduduk tertumpu kepada lokasi yang mempunyai kepentingan ekonomi seperti kawasan perkilangan , pusat pentadbiran dan kemudahan sosial. Cadangan jawapan ( 1 + 3 alasan )

Thursday, April 26, 2012

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2012

Buat anak didik cikgu sekalian , masa yang tinggal kurang seminggu untuk menghadapi peperiksaan setengah tahun .Justeru, cikgu berharap anak didik cikgu manfaatkan masa yang tinggal secukupnya dengan mengulangkaji pelajaran . Ingatlah janji tuhan! barang siapa berusaha , dia pasti akan berjaya !! ALL THE BEST!

jawapan Bahagian E Soalan Adabi 2009

Jadual tersebut menunjukkan jumlah eksport minyak kelapa sawit ke negara –negara tertentu antara tahun 2003 hingga tahun 2005 oleh negara Malaysia yang dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi tahun 2005, Kementerian Kewangan Malaysia. Secara keseluruhannya, jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke negara-negara tertentu dalam tempoh tersebut telah menunjukkan pola peningkatan. Peningkatannya ialah sebanyak RM 3 254 juta iaitu daripada sekadar RM 8305 juta pada Tahun 2003 menjadi RM 11559 juta pada tahun 2005. Peratusannya meningkat sebanyak 39.18 peratus. Pola kedua pula ialah pola meningkat iaitu secara berterusan bagi eksport Malaysia ke negara China dan Belanda. Bagi negara China, eksport minyak kelapa sawit Malaysia telah meningkat dari segi peratus dan nilaian eksport. Peratusannya telah meningkat sebanyak 8.6 % iaitu daripada 32.7% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2003 menjadi 41.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2005. Nilai eksportnya juga bertambah iaitu sebanyak RM 2 058.132 juta iaitu daripada sekadar RM 2715.735 juta daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003 menjadi RM 4 773.867 juta daripada RM 11 559 juta pada tahun 2005. Pola seterusnya ialah pola tidak menentu iaitu bagi eksport Malaysia ke negara Pakistan. Dari segi peratusannya,minyak kelapa sawit Malaysia dieksport sebanyak 17.6 % daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003.Peratusannya menurun menjadi 16.8 % daripada RM 10497 juta pada tahun 2004 dan kembali meningkat kepada 17.8 peratus daripada nilai keseluruhan RM 11 559 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, sebenarnya nilaian eksport bagi tempoh tersebut didapati mengalami peningkatan iaitu daripada RM 1 461.680 juta kepada tahun 2003 telah meningkat menjadi RM 1763.496 juta pada tahun 2004 dan terus meningkat menjadi RM 2 057.502 juta pada tahun 2005. Pengurangan peratusan dan nilai eksport minyak kelapa sawit khasnya ke negara Singapura dan pengurangan peratusan sahaja bagi negara India bagi tempoh tersebut disebabkan oleh persaingan yang hebat daripada negara-negara pengeksport minyak kelapa sawit yang lain seperti Indonesia dan negara-negara di Afrika. Keadaan ini ditambah lagi dengan berkurangnya permintaan daripada negara-negara pengimport khasnya negara-negara di Eropah kerana propaganda yang dimainkan oleh negara-negara pengeksport minyak kacang soya terhadap isu alam sekitar dan keburukan minyak kelapa sawit. Kesimpulannya... (buat ayat sendiri yang mengulas keseluruhan yang dibincangkan).contoh, hasil eksport minyak kelapa sawit Malaysia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada negara-negara di Asia seperti negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di dunia.

Friday, April 6, 2012

Alam sekitar kian terancam. Kepada siapa harus kita menuding jari?

Sambutan "Earth Hour " pada 31 Mac yang lepas telah disambut oleh hampir 145 buah negara. Namun begitu, adakah ini sekadar polemik atau kesedaran yang betul-betul wujud daripada orang awam mahu pun kerajaan. Penulis sendiri mengambil keputusan untuk menghidupkan satu lampu utama di ruang tamu sambil menonton "National Geografi". Mengharapkan berita dari arus perdana , terlalu sedikit
"advertisement" atau selingan yang disampaikan oleh pembaca berita. Apatah lagi, mungkin tiada kesedaran atau nilai komersil malah yang ditekankan lebih kepada hal-hal tempatan dan politik. Namun yang paling penting, penulis dapat memberi kesedaran kepada keluarga sendiri atau mungkin menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan iaitu kesedaran berkenaan alam sekitar. Mengungkap semula kata-kata dalam iklan di "National Geografi" iaitu " Will you go beyond the hour" ?

Pada minggu ini penulis berharap dapat membincangkan dua tajuk penting kepada anak didik di sekolah. Perkara pertama adalah berkaitan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kawasan perindustrian menyebabkan berlaku perubahan suhu yang ketara dan melihat kepada punca berlaku fenomena tersebut. Perkara yang kedua adalah berkaitan pembuangan sisa perindustrian dan kilang rawatan pelupusan yang tidak terancang memberi kesan kepada hidupan. Persoalannya, adakah wajar untuk melaksanakannya bagi mengelak ancaman tersebut. Kedua-dua topik ini sememangnya menarik untuk dibincangkan tetapi adalah ianya sekadar habis setakat perbincangan atau penulisan di atas kertas semata-mata. Adakah kita sebenar-benarnya melaksanakannya? Pelajar-pelajar anak didik cikgu sekalian diharapkan anda bukan sahaja mampu untuk menterjemahkannya dalam bentuk idea tetapi diharapkan mampu untuk membangkitkan kesedaran dan menjadi agen perubahan pada masa depan.

Anda bagaimana? Hanya berpeluk tubuh dan mengatakan tak pe,kalau aku tidak lakukan orang lain akan lakukan. Pemikiran ini adalah dangkal dan perlu berubah !!! Kita hanya ada satu planet sahaja untuk kita diami dan walau pun tindakan yang kita ambil sangat sedikit untuk menyelamatkan alam sekitar ( Hanya Hari Sabtu sahaja tanpa beg plastik? cukup ke? )tapi impaknya sangat besar kepada alam sekitar.

Pelupusan sisa organik

KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH YANG LESTARI 1) KAEDAH RAWATAN BIOLOGI YANG MERANGKUMI TAPAK PELUPUSAN SECARA SANITARI DAN PENGKOMPOSAN 2) RAWATAN TERMAL YANG MERANGKUMI INSINERATOR DAN PLASMA. 3) KITAR SEMULA BERSAMA RAWATAN TERMAL (TERMASUKLAH PENGHASILAN BAHAN API BERASASKAN SAMPAH ) 4) KITAR SEMULA BERSAMA RAWATAN BIOLOGI

AZAM TAHUN 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar yang saya kasihi. Diharapkan pelajar sudah membuat persediaan awal bagi mengahadapi peperiksaan setara daerah pada bulan Mei. Ingatlah pesan cikgu. Siapa berusaha dia pasti akan berjaya!!