Thursday, April 26, 2012

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2012

Buat anak didik cikgu sekalian , masa yang tinggal kurang seminggu untuk menghadapi peperiksaan setengah tahun .Justeru, cikgu berharap anak didik cikgu manfaatkan masa yang tinggal secukupnya dengan mengulangkaji pelajaran . Ingatlah janji tuhan! barang siapa berusaha , dia pasti akan berjaya !! ALL THE BEST!

jawapan Bahagian E Soalan Adabi 2009

Jadual tersebut menunjukkan jumlah eksport minyak kelapa sawit ke negara –negara tertentu antara tahun 2003 hingga tahun 2005 oleh negara Malaysia yang dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi tahun 2005, Kementerian Kewangan Malaysia. Secara keseluruhannya, jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke negara-negara tertentu dalam tempoh tersebut telah menunjukkan pola peningkatan. Peningkatannya ialah sebanyak RM 3 254 juta iaitu daripada sekadar RM 8305 juta pada Tahun 2003 menjadi RM 11559 juta pada tahun 2005. Peratusannya meningkat sebanyak 39.18 peratus. Pola kedua pula ialah pola meningkat iaitu secara berterusan bagi eksport Malaysia ke negara China dan Belanda. Bagi negara China, eksport minyak kelapa sawit Malaysia telah meningkat dari segi peratus dan nilaian eksport. Peratusannya telah meningkat sebanyak 8.6 % iaitu daripada 32.7% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2003 menjadi 41.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2005. Nilai eksportnya juga bertambah iaitu sebanyak RM 2 058.132 juta iaitu daripada sekadar RM 2715.735 juta daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003 menjadi RM 4 773.867 juta daripada RM 11 559 juta pada tahun 2005. Pola seterusnya ialah pola tidak menentu iaitu bagi eksport Malaysia ke negara Pakistan. Dari segi peratusannya,minyak kelapa sawit Malaysia dieksport sebanyak 17.6 % daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003.Peratusannya menurun menjadi 16.8 % daripada RM 10497 juta pada tahun 2004 dan kembali meningkat kepada 17.8 peratus daripada nilai keseluruhan RM 11 559 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, sebenarnya nilaian eksport bagi tempoh tersebut didapati mengalami peningkatan iaitu daripada RM 1 461.680 juta kepada tahun 2003 telah meningkat menjadi RM 1763.496 juta pada tahun 2004 dan terus meningkat menjadi RM 2 057.502 juta pada tahun 2005. Pengurangan peratusan dan nilai eksport minyak kelapa sawit khasnya ke negara Singapura dan pengurangan peratusan sahaja bagi negara India bagi tempoh tersebut disebabkan oleh persaingan yang hebat daripada negara-negara pengeksport minyak kelapa sawit yang lain seperti Indonesia dan negara-negara di Afrika. Keadaan ini ditambah lagi dengan berkurangnya permintaan daripada negara-negara pengimport khasnya negara-negara di Eropah kerana propaganda yang dimainkan oleh negara-negara pengeksport minyak kacang soya terhadap isu alam sekitar dan keburukan minyak kelapa sawit. Kesimpulannya... (buat ayat sendiri yang mengulas keseluruhan yang dibincangkan).contoh, hasil eksport minyak kelapa sawit Malaysia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada negara-negara di Asia seperti negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di dunia.

Friday, April 6, 2012

Alam sekitar kian terancam. Kepada siapa harus kita menuding jari?

Sambutan "Earth Hour " pada 31 Mac yang lepas telah disambut oleh hampir 145 buah negara. Namun begitu, adakah ini sekadar polemik atau kesedaran yang betul-betul wujud daripada orang awam mahu pun kerajaan. Penulis sendiri mengambil keputusan untuk menghidupkan satu lampu utama di ruang tamu sambil menonton "National Geografi". Mengharapkan berita dari arus perdana , terlalu sedikit
"advertisement" atau selingan yang disampaikan oleh pembaca berita. Apatah lagi, mungkin tiada kesedaran atau nilai komersil malah yang ditekankan lebih kepada hal-hal tempatan dan politik. Namun yang paling penting, penulis dapat memberi kesedaran kepada keluarga sendiri atau mungkin menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan iaitu kesedaran berkenaan alam sekitar. Mengungkap semula kata-kata dalam iklan di "National Geografi" iaitu " Will you go beyond the hour" ?

Pada minggu ini penulis berharap dapat membincangkan dua tajuk penting kepada anak didik di sekolah. Perkara pertama adalah berkaitan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kawasan perindustrian menyebabkan berlaku perubahan suhu yang ketara dan melihat kepada punca berlaku fenomena tersebut. Perkara yang kedua adalah berkaitan pembuangan sisa perindustrian dan kilang rawatan pelupusan yang tidak terancang memberi kesan kepada hidupan. Persoalannya, adakah wajar untuk melaksanakannya bagi mengelak ancaman tersebut. Kedua-dua topik ini sememangnya menarik untuk dibincangkan tetapi adalah ianya sekadar habis setakat perbincangan atau penulisan di atas kertas semata-mata. Adakah kita sebenar-benarnya melaksanakannya? Pelajar-pelajar anak didik cikgu sekalian diharapkan anda bukan sahaja mampu untuk menterjemahkannya dalam bentuk idea tetapi diharapkan mampu untuk membangkitkan kesedaran dan menjadi agen perubahan pada masa depan.

Anda bagaimana? Hanya berpeluk tubuh dan mengatakan tak pe,kalau aku tidak lakukan orang lain akan lakukan. Pemikiran ini adalah dangkal dan perlu berubah !!! Kita hanya ada satu planet sahaja untuk kita diami dan walau pun tindakan yang kita ambil sangat sedikit untuk menyelamatkan alam sekitar ( Hanya Hari Sabtu sahaja tanpa beg plastik? cukup ke? )tapi impaknya sangat besar kepada alam sekitar.

Pelupusan sisa organik

KAEDAH PELUPUSAN SAMPAH YANG LESTARI 1) KAEDAH RAWATAN BIOLOGI YANG MERANGKUMI TAPAK PELUPUSAN SECARA SANITARI DAN PENGKOMPOSAN 2) RAWATAN TERMAL YANG MERANGKUMI INSINERATOR DAN PLASMA. 3) KITAR SEMULA BERSAMA RAWATAN TERMAL (TERMASUKLAH PENGHASILAN BAHAN API BERASASKAN SAMPAH ) 4) KITAR SEMULA BERSAMA RAWATAN BIOLOGI

AZAM TAHUN 2012

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar yang saya kasihi. Diharapkan pelajar sudah membuat persediaan awal bagi mengahadapi peperiksaan setara daerah pada bulan Mei. Ingatlah pesan cikgu. Siapa berusaha dia pasti akan berjaya!!