Sunday, August 14, 2011

CONTOH JAWAPAN SOALAN 1 ( BAHAGIAN E)-BUKU LOCAL PUBLICATION

nota: untuk jadual ini cikgu pilih satu pola sahaja iaitu pola perubahan

Jadual menunjukkan permintaan tenaga elektrik yang dipetik dan diubahsuai daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia tahun 2009. Secara keseluruhan permintaan tenaga elektrik semakin meningkat kerana perkembangan yang drastik dalam pelbagai industri pembuatan.
Secara keseluruhan menunjukkan pola peningkatan daripada tahun 2006 iaitu sebanyak 1087.7 juta kwh ,tahun 2007 sebanyak 1111.6 juta kwh ,tahun 2008 sebanyak 1167.1 juta kwh manakala tahun 2009 sebanyak 1253.3 juta kwh. Ini menunjukkan jumlah peningkatan sebanyak 156.6 juta kwh atau 15.22%.
Hasil minyak menunjukkan pola peningkatan yang berterusan dengan nilai angka 732.3 juta kwh atau 67.3% pada tahun 2006 , 749.7 juta kwh atau 67.4% pada tahun 2007, 805.7 juta kwh atau 69.0% pada tahun 2008 dan akhir sekali pada tahun 2009 dengan angka 868.4 juta kwh atau 69.3%.

(PERHATIAN KEPADA PELAJAR ; ULANG TURUTAN POLA SAMA ADA MENINGKAT , MENURUN ATAU TIDAK KONSISTEN BAGI SETIAP JENIS TENAGA ELEKTRIK INI UNTUK SETIAP PERENGGAN .OLEH KERANA SOALAN INI MEMINTA ULASAN PENGGUNAAN SETIAP JENIS TENAGA ELEKTRIK, INI DINYATAKAN DALAM PERENGGAN AKHIR SEPERTI BERIKUT)

Antara sebab atau faktor berlakunya peningkatan tenaga elektrik adalah pertumbuhan dalam pelbagai industri yang menyebabkan permintaan tenaga elektrik semakin meningkat. Di samping itu , faktor pertambahan penduduk menjadikan rakyat memerlukan tenaga elektrik sebagai kemudahan asas dalam kehidupan seharian. Contohnya lampu elektrik perlu bagi menjamin keselamatan kawasan kediaman, premis awam dan jalan raya. Akhir sekali peningkatan dalam bidang pembangunan dan penyelidikan telah menjadikan ia sebagai medium utama dalam kajian tenaga bakar fosil dan sumber alternatif.

2 comments:

  1. Thank you, this is really helpful.

    Greeting from SMK Maxwell, KL.

    ReplyDelete
  2. saye ada buku ni,tapi topik yg kat dlm buku ni tak same dgn buku lain =( contoh topik 7 kedaulatan m'sia,saye nak buat nota tentang ni,tapi dlm buku LONGMAN tak tau mana boleh dpt cari TT

    ReplyDelete