Friday, April 6, 2012

Alam sekitar kian terancam. Kepada siapa harus kita menuding jari?

Sambutan "Earth Hour " pada 31 Mac yang lepas telah disambut oleh hampir 145 buah negara. Namun begitu, adakah ini sekadar polemik atau kesedaran yang betul-betul wujud daripada orang awam mahu pun kerajaan. Penulis sendiri mengambil keputusan untuk menghidupkan satu lampu utama di ruang tamu sambil menonton "National Geografi". Mengharapkan berita dari arus perdana , terlalu sedikit
"advertisement" atau selingan yang disampaikan oleh pembaca berita. Apatah lagi, mungkin tiada kesedaran atau nilai komersil malah yang ditekankan lebih kepada hal-hal tempatan dan politik. Namun yang paling penting, penulis dapat memberi kesedaran kepada keluarga sendiri atau mungkin menterjemahkan mesej yang ingin disampaikan iaitu kesedaran berkenaan alam sekitar. Mengungkap semula kata-kata dalam iklan di "National Geografi" iaitu " Will you go beyond the hour" ?

Pada minggu ini penulis berharap dapat membincangkan dua tajuk penting kepada anak didik di sekolah. Perkara pertama adalah berkaitan pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kawasan perindustrian menyebabkan berlaku perubahan suhu yang ketara dan melihat kepada punca berlaku fenomena tersebut. Perkara yang kedua adalah berkaitan pembuangan sisa perindustrian dan kilang rawatan pelupusan yang tidak terancang memberi kesan kepada hidupan. Persoalannya, adakah wajar untuk melaksanakannya bagi mengelak ancaman tersebut. Kedua-dua topik ini sememangnya menarik untuk dibincangkan tetapi adalah ianya sekadar habis setakat perbincangan atau penulisan di atas kertas semata-mata. Adakah kita sebenar-benarnya melaksanakannya? Pelajar-pelajar anak didik cikgu sekalian diharapkan anda bukan sahaja mampu untuk menterjemahkannya dalam bentuk idea tetapi diharapkan mampu untuk membangkitkan kesedaran dan menjadi agen perubahan pada masa depan.

Anda bagaimana? Hanya berpeluk tubuh dan mengatakan tak pe,kalau aku tidak lakukan orang lain akan lakukan. Pemikiran ini adalah dangkal dan perlu berubah !!! Kita hanya ada satu planet sahaja untuk kita diami dan walau pun tindakan yang kita ambil sangat sedikit untuk menyelamatkan alam sekitar ( Hanya Hari Sabtu sahaja tanpa beg plastik? cukup ke? )tapi impaknya sangat besar kepada alam sekitar.

No comments:

Post a Comment