Thursday, April 26, 2012

jawapan Bahagian E Soalan Adabi 2009

Jadual tersebut menunjukkan jumlah eksport minyak kelapa sawit ke negara –negara tertentu antara tahun 2003 hingga tahun 2005 oleh negara Malaysia yang dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Ekonomi tahun 2005, Kementerian Kewangan Malaysia. Secara keseluruhannya, jumlah eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke negara-negara tertentu dalam tempoh tersebut telah menunjukkan pola peningkatan. Peningkatannya ialah sebanyak RM 3 254 juta iaitu daripada sekadar RM 8305 juta pada Tahun 2003 menjadi RM 11559 juta pada tahun 2005. Peratusannya meningkat sebanyak 39.18 peratus. Pola kedua pula ialah pola meningkat iaitu secara berterusan bagi eksport Malaysia ke negara China dan Belanda. Bagi negara China, eksport minyak kelapa sawit Malaysia telah meningkat dari segi peratus dan nilaian eksport. Peratusannya telah meningkat sebanyak 8.6 % iaitu daripada 32.7% daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2003 menjadi 41.3 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2005. Nilai eksportnya juga bertambah iaitu sebanyak RM 2 058.132 juta iaitu daripada sekadar RM 2715.735 juta daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003 menjadi RM 4 773.867 juta daripada RM 11 559 juta pada tahun 2005. Pola seterusnya ialah pola tidak menentu iaitu bagi eksport Malaysia ke negara Pakistan. Dari segi peratusannya,minyak kelapa sawit Malaysia dieksport sebanyak 17.6 % daripada RM 8 305 juta pada tahun 2003.Peratusannya menurun menjadi 16.8 % daripada RM 10497 juta pada tahun 2004 dan kembali meningkat kepada 17.8 peratus daripada nilai keseluruhan RM 11 559 juta pada tahun 2005. Walau bagaimanapun, sebenarnya nilaian eksport bagi tempoh tersebut didapati mengalami peningkatan iaitu daripada RM 1 461.680 juta kepada tahun 2003 telah meningkat menjadi RM 1763.496 juta pada tahun 2004 dan terus meningkat menjadi RM 2 057.502 juta pada tahun 2005. Pengurangan peratusan dan nilai eksport minyak kelapa sawit khasnya ke negara Singapura dan pengurangan peratusan sahaja bagi negara India bagi tempoh tersebut disebabkan oleh persaingan yang hebat daripada negara-negara pengeksport minyak kelapa sawit yang lain seperti Indonesia dan negara-negara di Afrika. Keadaan ini ditambah lagi dengan berkurangnya permintaan daripada negara-negara pengimport khasnya negara-negara di Eropah kerana propaganda yang dimainkan oleh negara-negara pengeksport minyak kacang soya terhadap isu alam sekitar dan keburukan minyak kelapa sawit. Kesimpulannya... (buat ayat sendiri yang mengulas keseluruhan yang dibincangkan).contoh, hasil eksport minyak kelapa sawit Malaysia sentiasa mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada negara-negara di Asia seperti negara China yang mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di dunia.

No comments:

Post a Comment